Saya pemilik belog ini :))

My photo
Hey yaa ! Ainaa for short . 16 for 2012 . SPM 2013 . Target stright A's for my SPM ! Wanna be a psikatrik doctor . Love my heart beat : family , friends , best friends . And my ENEMY ! Hate me ? Okayy daa . I LOVE YOU , dear HATERS . =)

Follow saya disini ! >__

bagaikan puteri , cinta sang ratu ..

walawehh . ini hari rasa macam nak cerita pasal novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu . haha . walaupun novel ni dah lama dipasarkan di kedai2 buku berhampiran rumah korang , kte still nak cite jugak . sebab kakak kte tak habis2 post kata2 yang laksamana sunan ucapkan pada haryani . acecee . nak tahu tak macam mana hati kte boleh terdetik untuk baca novel ni ? walaupon dah berkurun lamanyau  novel ni duduk dekat rak buku ? haha . okey2 , 1hari tu pada bulan Ramadhan yang mulia , kte rase bosan gile . maklumlahh . tengah puasa . kte belek2 lah buku2 kat situ . tbe2 nmpak buku Cinta Sang Ratu . haha . ngok btoi kte nih , bace buku tu dulu . padahal kene baca Bagaikan Puteri . hhahah . klakar kot . nk habis baca Cinta sang Ratu . tak pe lah . bace balik . baru boleh feeling . *betol ke ejaan ??  ahahah . okey2 . first , nak cite pasal Bagaikan Puteri ..



Haryani dan Laksamana Sunan...

saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! 

Bagaikan Puteri .. penuh konflik , tragedi , pengembaraan , mistik dan magik . Hanya kerana cinta ... manusia sanggup berperang  .. 

So , kalau korang semua nak tahu ape yang menyebabkan haryani boleh ada di penghujung kurun yang ke-15 , beli lah buku ni eak .. 



Novel yang seterusnya , Cinta Sang Ratu ..



Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan
menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada
mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari.
namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata
mereka sebagai satu janji?


Cinta Sang Ratu.. Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta ..




Haa , kalau korang nak baca yang lebih terperinci dan dalam , korang beli lah buku ni tau ! memang berpaloi pada yang tengah cari kata2 hikmah cinta2 tu , dalam novel ni ada banyak . tak rugi korang baca . 


Sebenarnya ada lagi 1 sambungan kepada novel ni . tajuknya Hijab Sang Pencinta . tapi , kte tak beli lah , so , kte tengah kumpul duit nak beli .. hehe . kalau tak cukup , mintak mak tambah sikit . huhuhuh .


Pasal Hijab Sang Pencinta tu , kte tak dapat nk tulis apa2 . sbb tak tahu ape ceritanya . coz novel tu sambungan pada trilog Cinta Sang Ratu . kte copy dari laman webnya je ye . heheh . jngan marah ..




Hijab Sang Pencinta ..





RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Okey , ni lah serba sedikit kisahnya . haha . padahal tak baca lagi . pada korang , kalau dah baca , bagi tahu lah kte macam mana ceritanya . huuhuhu .  Okey , selamat membaca !!!


Ramlee Awang Murshid memang bestt !!!! :)) . 



Okey , ni lah ketiga2 novel nii . best3 !!! bace tauk !! :))


Suka bercakap lagi membebel =_=!

1 comment: